Welcome To My Belog !

Welcome To My Belog !
Welcome to my Room ^_^

Tuesday 22 October 2013

Rohingya..oh Rohingya..


Pelarian Rohingya Uji Kemampuan Penyelarasan ASEAN

Sejak konflik perkauman berlaku di Rakhine, Myanmar pada tahun lalu, ramai orang Rohingya melarikan diri ke negara jiran. Arus pelarian itu telah mempengaruhi kestabilan Thailand, Malaysia dan Bangladesh. Duta dari lebih 20 buah negara dan pegawai kerajaan Thailand mengadakan mesyuarat dalam talian pada Januari lalu bagi membincangkan bantuan kecemasan kepada orang Rohingya yang memasuki wilayah Thai secara haram dan masalah perundangan berkenaan. ASEAN pula berharap pihak berkuasa Myanmar segera mengambil tindakan dan mengawal situasi berkenaan.
Menurut kerajaan Thailand, dalam tempoh Oktober hingga Disember tahun lalu, seramai 2,817 orang Rohingya ditahan kerana memasuki negara tersebut secara haram. Hal seumpama ini terus berlaku pada tahun 2013. Pada Januari lalu, polis Thailand telah menjalankan operasi di kawasan sempadannya dengan Malaysia dan menangkap sekurang-kurangnya 843 orang Rohingya di sebuah ladang getah yang terpencil. Baru-baru ini, Thailand menghadapi tekanan masyarakat antarabangsa yang mendesak untuk menempatkan pelarian itu dan tidak mengembalikan mereka ke Myanmar. Perdana Menteri, Yinluck Shinawatra berkata bahawa walaupun pelarian tersebut masuk secara haram, namun negaranya akan memberikan perlindungan secara sementara kepada mereka berdasarkan prinsip kemanusiaan. Beliau juga menyeru PBB dan pertubuhan antarabangsa yang lain agar menghulurkan bantuan serta mencari jalan penyelesaian jangka panjang bagi masalah berkenaan.
Menurut jangkaan PBB, seramai sejuta orang Rohingya tinggal di Rakhine, Myanmar. Kebanyakannya rakyat Myanmar beragama Buddha, manakala Rakhine bersempadan dengan Bangladesh yang beragama rasmi Islam. Orang Rohingya yang beragama Islam yang berpindah ke Rakhine dianggap oleh kerajaan Myanmar sebagai pendatang haram dari Bangladesh. Oleh sebab Myanmar enggan mengakui kewarganegaraan golongan tersebut, begitu juga dengan Bangladesh, maka boleh dikatakan orang Rohingya tidak bernegara.
Menurut Suruhanjaya Tinggi PBB mengenai Pelarian (UNHCR), ramai pelarian meninggalkan Myanmar dan Bangladesh dan memilih Asia Tenggara, terutamanya Malaysia dan Indonesia yang mempunyai ramai penduduk beragama Islam. Thailand kini menjadi transit yang paling dekat dengan bayaran yang paling rendah.
Penganalisis berpendapat, masalah penganut Islam Rohingya bukan lagi sekadar urusan dalaman Myanmar, bahkan telah memberi kesan kepada negara ASEAN. Walau bagaimanapun, ia menguji kemampuan ASEAN dalam penyelarasan dan penanganan peristiwa politik dan perkauman yang sensitif

Pakcik Tua dan Penyapu.

my Love, Instagram. Do Follow. :)

Hehe,, Jangan lupe taw..taw..
See you there !


Publish.